Monday, April 17, 2017

Ulang Tahun Pertama di Kedah



Tahun pertama kami di Kedah, sejujurnya aku katakan hati dan jiwa ini masih di Kuala Lumpur. Susahnya nak rawat dan didik hati, namun aku kena tunjukkan segala ketabahan kepada anak- anak aku. Orang yang paling happy tinggal di sini tentulah Danish, dia happy dengan dunia dia sendiri dan enjoy dengan cara tersendiri. 

Damia seorang yg sangat optimis, selalu cakap tak pe lah umi mana- mana pun tak pe asalkan tak susahkan umi. She is so adorable! Walaupun hakikatnya dia terasa kehilangan itu, namun dia tetap tabah dengan keadaan di Kedah.Sehingga ke saat ini bila aku tanya mana yg best sekolah dia akan tetap katakan di Kuala Lumpur. Pada awal keputusan kami untuk pindah ke Kedah, Damia sangat gembira sebab katanya boleh selalu jumpa sepupunya, namun lainkan balik kampung dengan tinggal di sini?

Sekolah, keadaan dan pemikiran mereka berbeza daripada kami, banyak yang berbeza, but I always and always keep in my mind, you cannot change the world but you can change youself. But of course I would not change me, but i need to learn to adapt the situation. Kami perlu terus memberi sokongan diantara satu sama lain. Yang buruk kami tinggalkan, kami hapuskan yang baik kami ikuti kami belajar.

Keadaan di sini memang aman, lagi lah kami ni tinggal di Taman Perumahan, aku plak bekerja so tak sangat bercampur dengan orang setempat. Aku pula bukan jenis yang ramah, so hidup kami tetap dengan diri kami. Suami aku kerja shift, dia juga terasa perubahan tersebut, perubahan keadaan masyarakat di sini. Jika sekiranya dia ingin kembali ke sana, kami dengan hati terbuka akan ke sana, namun rasanya tidak kot, sebab kampung dia, sudah tentu dia akan kekal di sini.

Bercakap tentang keadaan dan tempat kerja, terlalu berbeza sebenarnya, aku akui Jimah is the best company yg pernah aku kerja. Namun aku tak suka buat perbandingan sebab sekarang kerja sekadar kerja, nothing special in my heart. But Jimah have special part in my heart, all of them!

Bersyukur, ya.. kita perlu belajar bersyukur, kerana sebenar hidup kami lebih baik.

HAPPINESS IS A CHOICE, NO MATTER WHAT NO MATTER HOW HARD, ONLY YOU CAN MAKE IT, BELIEVE IN YOUR ABILITY AND BELIEVE IN YOURSELF. YOU MAY NOT CHANGE WHAT WAS HAPPENED, AT LEAST YOU HAVE SOMETHING TO LEARN