Tahun 2016, adalah tahun penghijrahan yang besar kami lakukan, kami akan tinggalkan KL dan berpindah ke Kedah pada 29 March 2016.
Syukur kepada Allah kerana Allah mempermudahkan dengan aku dapat kerja yang lebih lagi gaji dari KL dan sekarang ni suami aku di dalam proses untuk buat pertukaran ke Kedah. Kenapa kami pilih Kedah sebab kami dah beli rumah di sana dan kami dah membayar rumah di sana hampir 2 tahun. Hidup di KL seronok sebab bandar besarkan semua benda ada cuma ekonomi tidak seperti yang diharapkan. Actually my company dah di jual bukan sekali tetapi 2 kali dijual. Aku pun sekarang bekerja di KLCC bukan di Damansara Heights lagi. Cerita pasal rezeki, akau percaya rezeki ada di mana-mana cuma aku perlu cari dan terus mencari,
Dalam bulan terakhir di KL iaitu bulan March 2016 ni aku perlu habiskan kelas menjahit aku dengan cepat dan juga mencuri masa berjalan- jalan di sekitar KL. Dulu masa 10 tahun duk KL malas nak berjalan, sekarang? hak3.. lawak2. Anak2 nampaknya boleh terima perhijrahan ini, alhamdulillah, cuma Danish je cam rasa kurang selesa sebab dia masih kecil. Aku harap- harap semuanya okay. Anak- anak sebenarnya tak sabar untuk tinggal di rumah kami di Kedah. Yerla kat sini rumah lebih selesa dan bertanah. Aku amat berharap anak-anak aku dapat menerima keadaan di kampung dengan baik dan dalam masa yang sama aku dapat membaiki ekonomi kami.
Kami rasa inilah detik yang terbaik untuk berhijrah. Kerana Hijrah Itu Satu Pergorbanan!
Kami rasa inilah detik yang terbaik untuk berhijrah. Kerana Hijrah Itu Satu Pergorbanan!