Friday, December 30, 2011

Di akhir 2011

17 December 2011, genap 6 tahun kami melayari bahtera perkahwinan. Alhamdulillah, kasih kami masih seperti dulu dan lebih bahagia dengan kehadiran anak lelaki kami. Tapi sayang on that date, kami tak celebrate seperti tahun2 yang lepas pun, coz kami bz ngan org lain. But my hubby sempatlah wish to me.Thanks my dear, u know that i love you more than that. Moga Allah memberkati hubungan ini dan memberi kebahagian ini sehingga ke akhir hayat kita.

Sekarang sehari lagi untuk masuk tahun baru, planning aku untuk buka perniagaan pada tahun 2912, untuk menambah pendapatan kami. Cuma masalah sekarang aku masih mencari feel utk buat semua ni, entah kenapa susah sangat mencari feel untuk buat semua ni. Dulu aku pernah membuat perniagaan tp ditutp sekejap sebab aku rs masa aku dgn family cam terabai skit. Biasalah jualan secara internet ni kena byk berkorban masa dgn mengadap komputer je, hmmm... Tp aku rs perlu juga aku berniaga untuk menembah pendapatan umi aku dan juga diriku. Aku ingin menjual pakaian kanak-kanak yg di design oleh aku kira my exclusive design dan aku plan nak juga nak belajar menjahit, utk persedian awal, manalah tahu aku rasa nak buat sendiri dress2 yang aku design tu. Cewaaahhh!!!

Aku juga plan untuk lebih memberi tumpuan kepada pelajaran Damia, sbb taun ini tahun yg teruk Damia dalam pelajaran. Even dia baru berusia 5 tahun, tp aku rs cm tercabar kerana markah ujiannya tak da satu pun yang 100%, semua stakat 96% je, mau aku tak rasa geram. Hmmm.. kekadang aku rasa aku ni terlalu fanatik ke ngan result yang cemerlang? atau aku ini over sangat ke pasal result. Entah la, cuma aku berharap Damia bole menjadi contoh yang baik kpd adiknya dan kebanggaan diri sendiri. Moga Allah menerangkan hatinya dalam pelajaran nnt. Amin.

Tahun 2012, aku berharap tahun aku melangsaikan mana2 hutang yg boleh aku langsaikan, aku harap aku boleh bernafas dgn lega taun ni. Aku juga berharap taun depan aku mampu memiliki sebuah rumah yang bertanah. Tahun depan cm tahun aku mengharapkan rezeki lebih baik dr taun ini. InsyaAllah.

Okaylah, perkara pertama yg aku ingin lakukan taun 2012 untuk abik gambar kami berempat.