







Kekadang rasa terkilan apabila masih tak mampu utk memberikan yg terbaik kepadanya. Kekadang rasa teramat susah hati apabila ia datang dan aku tak mampu menolongnya. Aku ingin melakukan segala yg terbaik namun aku kekadang tidak mampu memberikan yang terbaik untuknya. Apa yang aku mampu cuma berdoa kesejahteraan dan aku berharap aku mampu mengatasinya apabila ia datang. Bila ia datang, terasa lemahnya dirinya ini, terasa ingin melaungkan kemaafan berjuta kali kerana aku kurang kemampuan. Jika aku ada segalanya akan aku abadikan ia demi kebahagian dan akan aku berikan kesenangan tanpa perlu berpayahan. MOGA ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA UMI & ABAHKU!