Friday, January 29, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah n Alhamdulillah. Mensyukuri nikmat hidup yg sempurna di bumi Malaysia dengan segala keberkatan dan rahmat dari Allah. Kekadang kita selalu dihantui perasaan tidak pernah puas dengan apa yang ada, tidak tahu bersyukur dengan segala yang diberi. Kekadang kita terlalu banyak meminta dari berkata "terima kasih ' dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Kita selalu mengejar sesuatu yang kadang2 kita sendiri tidak pasti jawapan, dan kekadang kita terlalu merasakan diri terlalu terbaik sehingga kita lupa bahawa segala kebaikkan, kelebihan datang dari yang satu. Dan ketika sesuatu yg diharap tidak dapat, akhirnya kita kecewa, dan apabila kita kecewa tiap kali itulah banyak kita melakukan kesilapan. Bila tersilap amat jarang kita menginsafi diri, kerana manusia sememangnya ego utk mengakui kesilapan diri. Hari ini kita dapat segala yg kita inginkan dan kita alpa serta tenggelam di duniawi yang penuh keindahan sementara, sehingga kita lupa pada kewajipan. Pernah kita terfikir, dalam aku ketawa terbahak2 tiba2 malaikat maut dtg menjemput? Pernah kita terfikir dalam kita brgaduh dengan orang, ketika mengumpat, mengata, mengeji org tiba2 malaikat maut datang menjemput? Apa persediaan kita?

Setiap manusia tiada yang sempurna tetapi org yg beriman tidak akan melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Moga Allah sentiasa melindungi negaraku Malaysia, keluarga ku, anak dan suami ku, kawan2ku dari segala perasaan yang tidak pernah bersyukur. ALHAMDULILLAH