Thursday, December 23, 2021

Operation Buang Tonsil Damia

Pada bulan Jan 2019, Damia selamat menjalankan operation membuang tonsil, masukkan tiub di dalam telinga dan juga laser di dalam hidung. Kami decide buat operation di Hospital Pakat Amanjaya, Sungai Petani Kedah, bersama doktor pakar, Dr. Pn Rahimah (ENT). Kos keseluruhan mencecah RM20K, but no worries all covered by insurance, thanks to my company for this! 😄😄😄

Sehari sebelum operate, Damia perlu berpuasa, jenuh juga la dia duk  kata lapar2.. kami buat2 tak tau je la lagipun masa dia operate tu umur dah remaja. So tak yah risau sangat kelaparannya. Damia masuk OT room pukul 1.30ptg kemudian keluar pada pukul 5.30ptg. Cuak la juga kenapa lama  sangat, sedangkan doktor kata sekejap and minor operation sahaja. Bila kami risik rupa2nya doktor nak dia sedar sepenuhnya dan pantau takut-takut dia alergik bius. Alhamdulillah semuanya okay. 

Hari Pertama.

Damia masih tak nak makan lagi, soo just bagi dia makan ais kream vanila, itu pun jenuh marah baru makan sebab dia ni masalah jenis tak minum sejuk dan juga makan ais krim. Kami bekalkan air sejuk untuk dia sebab takut berlaku pendarahan. Kami juga bekalkan dia roti putih, tapi dia x berapa makan sebab masih barukan mengunyah pun tak berapa boleh lagi.