Alhamdulillh, masuk hari ni dah 21 hari kita di tahun baru masihi 2013. Damia memulakan fasa baru pada 2hb Januari dengan penuh semangat. Almaklumla baru belajar memegang duit belanja.
Damia belajar di sekolah taman seri gombak d sebabkan senang untuk diuruskan oleh guru nurserynya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Pagi Damia bersekolah agama dan petang Damia bersekolah kebangsaan. Satu perkara yang menarik tentang Damia, dia menegnali sekolah berdasarkan warna lencana. Memg betul la budak kidal memang pelik. Hik3. Bila aku ckp pasal sekolah berdasarkan warna kain dia cm terpingga2. So aku pun terpaksalah follow si comel aku tu. Setiap hari Damia akan belanja lebih kurang 3.50 ke 4 ringgit sehari. Tetapi petang2 mesti nak beli ais kream, maybe sebab byk sgt daya penarik kot. Damia bukan bdk jenis suka sejuk, tetapi tak plak aku tegah cuma menasihatinya sahaja. Sebab memg cara yang aku ingin buat, memberi kebebasan kpdnyautk berfikir serta memberi pendapat namun ada pemantauan.
Pada mggu ke dua persekolahan Damia, ada seorg bdk kelasnya meminta wang belanjanya. Aku rasa sangat marah sebab aku bg duit puh cukup2 aje. Pada awalnya ku nasihati dia agar tidak memberi wang kepada sesiapa pun atau dengan kata lain, biar dia settlekan sendiri. Namun nmpknya aku perlu masuk campur apabila hari ke dua bdk tersebut menyuruh anak aku belikan minuman kepadanya menggunakan duit Damia. Tak ke sangat licik cara budak tersebutkan? Oleh yang demikian, aku pun terpaksa mengambil cuti dan berjumpa dengan guru kelasnya. Alhamdulillah kes ini selesai.
Hari ini adalah minggu ke 4 Damia menempuhi fasa sekolah rendah, fasa sedikit matang. ;) . Apa yang aku harapkan dia diberi Allah semangat, hati yang terang serta sentiasa dilindungi Allah. Ada satu kejadian di mana Damia telah tersalah turun bas ke sekolah agama. Peristiwa itu ckp menakutkan aku. YA ALLAH LINDUNGULAH ANAK2KU YA ALLAH dan Diberi keselamatan di sepanjang mereka berada di bwh jagaan org lain.
Harapanku agar Damia dan Danish menjadi anak yg soleh n solehah serta berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amiin.