Saturday, March 5, 2011

Menginsafi Diri Dengan Kekurangan

Apabila kita ditimpa musibah, kita sering kali menyalahkan takdir dan mencari kesalahan org lain, jarang sekali kita menginsafi diri dan kembali kepada Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, jika kita meminta dengan penuh keinsafan dan merendah diri insyaAllah akan datang sinar kebahagian. Sebab itulah kita harus dan mesti senantiasa mengingati bahawa hanya Allah yang Maha Berkuasa. Jika kita hidup dalam kejahilan tetapi masih diberikan dan dipenuhi segala kehendak, jgn kita lupa Allah sebenarnya ingin kita tahu bahawa walau teruk mana makhluknya Dia tetap menunjukkan kasih sayang Nya. Jika kita hidup dalam kedaifan, sedangkan kita senantiasa mengingatiNya tetapi kita sering kali diuji, cuba kita tanya pada diri, adakah aku ihklas dengan semua kebaikan yang kita lakukan? Sesungguhnya Allah menguji kesabaran dan keimanan kita melalui pelbagai cara. Solat adalah tiang agama, jagailah ia dan jgn runtuhkan tiang agama kita sendiri walau di mana kita berada.

Moga kita sama2 menjadi makhluk Allah yg tahu bersyukur! Amin