Friday, November 19, 2010

Catatan diakhir November

Cepat betul masa berlalu, kekadang terasa tak terkejar krn terlalu byk yang perlu dilakukan. Sekarang dh nak berakhir bulan November dan bulan Disember akan datang bertandang. Setelah puas Disember membilang hari akan datang pula Tahun Baru 2011, begitu cepat masa berlalu dan usia perkahwinan kami akan genap 5 tahun pada 17 Disember. Aku amat bersyukur kerana kebahagian dan kerahmatan Allah sentiasa memayungi bahtera kami. Jika ada badai melanda pun tidaklah seteruk badai tsunami, cuma badai musim hujan saja itu kekadang hilang begitu sahaja. Dan pada tahun hadapan juga akan ada lembaran baru dalam hidup kami, dimana kami akan menerima orang baru pada bulan May 2011. Kami mengharapkan kelahiran ini mencurahkan rezeki dan dirahmati Allah.

Damia juga akan belajar menjadi budak besar tetapi tetap anak kecil walid; knp? sbb walid memg besar dr kami :). Kami akan masukkan Damia ke tadika yang dia sukai, dia pn dah ckp nak pergi tadika cikgu siti iaitu tadika yang taska dia punya. Tak apa Damia ke mana pun asalkan Damia mendapat pendidikan yang bagus dan bukan seperti yang Damia alami pd awal tahun ini. Umie dan Walid rasanya tak sanggup melihat wajah sedih n murung Damia setiap pagi utk ke sekolah. Kami berharap Allah memberikan kekuatan dan membuka hati Damia untuk berseronok di tadikanya nanti. Sekarang Damia dh baca iqra 1 dan sekarang dah kenal bacaan baris atas dr Alif sehingga Syin, alhamdulillah. Damia juga dah bole baca perkataan yang dimulakan dengan a, ba, ca, ma na.. dan smua yg berkaitan dengan 'a' even dia tidak mendapat pendidikan yang formal secara baik. Damia juga dah hampir mrngenali abjad a b c. Cuma umie dia kekadang malas skit nak layan lagilah dengan keadaan aku yg mengandung ini.

Pasal kerja aku, prestasi aku sejak mengandung ni pn tak lah sebaik mn dan aku juga kekdang rasa menyesal juga krn tak dpt menumpukan sepenuh perhatian kpd kerja akibat alahan. Cuma aku berharap alahan aku akan semakin berkurangan supaya aku dpt memberi yang terbaik utk kerjaya aku dan kehidupan aku. AMIN.

Aku suka dengan kata2 dr Nota hati sorang lelaki :

Gunakanlah prinsip: Ujian hidup adalah satu didikan langsung daripada Tuhan, insya-Allah, kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini. Talian hayat kita akan sentiasa “tersambung” dengan Tuhan. Percayalah, Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan.