Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna
Beruntungnya aku dilahirkan menjadi muslim kerana aku ada peluang untuk merasai kenikmatan bulan yang mulia dan meminta apa sahaja di malam itu. Alhamdulillah.
Aku berharap Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dr Ramadhan ku yang lalu. Pada Ramadhan 2006, aku takkan lupa di mana cahaya cinta kami lahir. Ku memohon pada Allah bersempena kelahiran di bulan yang berkat ini, Damia menjadi seorang anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Pada bulan ini juga akan lahir satu lagi sinar bahagia buat adik aku dan smoga baby yg akan lahir ini sentiasa diberkati Allah dunia n akhirat. Amin
Kini kau datang lagi
Menjamah hati dan jiwa ini
Merasai kenikmatan hidup
Melalui dengan penuh kesyukuran
Dengan harapan dihati ini
Agar ianya sesempurna kesucian mu
Kini kau datang lagi
Memberi seribu harapan
Membawa seribu rahmat
Agar impian menjadi kenyataan
Kini kau datang lagi
Dan akan kau pergi
Moga pergimu bersama harapanku
Pergi mu nanti akan aku tangisi
dan adakah aku akan bertemumu lagi ?
