Hidup berkongsi banyak yang manis dari yang pahit, syukur dianugerahkan sebuah kehidupan yang cukup sempurna
Friday, November 13, 2009
Rezeki tahun baru
Syukur alhamdulillah di atas segala anugerah, rezeki & kebahagian yang diberikan. Masalah yg datang tidak meghalang aku utk terus memberikan yg terbaik dalam kehidupan ini. Saat sakitnya hati disakiti dan ditikam dr belakang, aku masih mampu tersenyum dalam kerjaya aku. Bila datang musibah, jangan hilang pedoman hidup, aku hanya mampu bersujud. Semoga Allah memberikan kesedaran kepada mereka yg senantiasa mencari dan mencabar hidup aku. Dan sekiranya mereka terbaca kata2 aku moga mereka sedar takkan kamu hidup menongkat langit, bila tiba hari itu tahu lah kamu kuasa Allah dan balasan Allah amat pedih dan semoga kamu sedar akan kesilapan kamu sebelum ia terlambat. Dalam kehidupan ini tiada yang lebih berkuasa dari kuasa Allah. Allah Maha Besar.