Monday, September 28, 2009

Beraya sakan di Kedah!!!

Alhamdulilah, kemeriahan Syawal pada tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Kami balik kg pada 18hb Sep 2009 jam 3.00 ptg. selepas sembahyang Jumaat. Keadaan jalan masa tu tidak berapa jem cuma cuaca yang tak menentu. Separuh jalan panas sgt.. kemudain hujan lebat. Namun kami dapat juga sampai ke kg dlm keadaan selamat. Kami sampai di kg dalam pukul 9.00 malam. Suasana kg ms tu meriah dgn mercun sana sini, puas juga la nak melayan Damia yg duk main bunga api. Seronok katanya.
Jadual kami agak padat pada tahun ini, pada hari raya pertama kami melawat lebih kurang 8 buah umah sedara mara, kiranya dari pagi smpai petang. Malam waktu kami utk rehat dan melayan tetamu yang datang ke umah. Pada raya ke dua kami makan umah adik beradik yang tak sempat kami ziarah smalam. Seronok, kenyang perut makan apa saja yang kami idamkan. (masakan kg). Pada malam raya ke tiga kami buat bakar ayam, masa tu la Damia abik pelung tidur lewat skit dari biasa. Semua adik beradik berkumpul, mcm kenduri. Saat yang paling seronok!. Raya yang ke - 4 kami pergi berkelah n mandi manda di Titian Hayun air Terjun. Best sangat2, airnya yang sejuk n udara yang nyaman. Damia mandi sepuas2nya, sehingga kan puas dipujuk baru la nak balik.
Pada 25hb Sept, kami bersiap utk pie beraya di rumah abang ipar dan lepas jumaat kami balik ke KL. Malasnya nak balik n rindunya kg! Raya Haji kami balik TRG! Lambatnya...
Balik Kg ke Kedah







Sehari Sebelum Raya








Hari Raya di KG!