Tuesday, May 5, 2009

Damia rindu hospital?

Best je tajuk kat atas tu, pada 29hb April Damia dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan. Dia demam panas dan muntah2 serta sakit perut, kesian anak manja umie ni. Kesakitan yang Damia rasai amat la memeritkan hati umie n walid. Kami tak putus-putus memanjatkan doa kepada Allah moga Damia cepat sembuh. Sepanjang Damia di DSH peelnya sangat bagus even sakit sekalipun damia tidak berenggek. Tidur malam pun senang, tak payah nak berbuai kerana Damia amat memahami keadaan semasa.Pandai sayang!. Selama di DSH Damia terpaksa buat urine n blood test and Alhamdulillah Damia just sakit perut biasa sahaja. Pada awalnya doktor klinik panel suspect Damia apendiks, takut umie n walid dengar. Hanya Allah saja tau perasaan kami ketika itu, umie siap nangis2 lagi. Walid kata anak orang lain lg teruk so bersyukurlah Damia hanya sakit sikit je. Pada hari ke 3 Damia dah sihat dan tak demam lagi. Dia makan banyak sangat, nak top up balik apa yang muntah la tu.. heheehehhee...:). Tapi kegembiraan itu hanya seketika je, petang tu Damia mengadu sakit perut sbb x buang ari besar 3 hari. Umie terpaksa minta doktor masukkan ubat pam utk elakkan Damia sembelit. Masa itulah Damia hilang kawalan dan jadi takut dengan nurse, sehingga kan tangan yang doktor masukkan air dh block. Terpaksa la nurse masukkan semula, kesian nya Damia meraung kesakitan. Nasib baik la ada nurse pelatih yang tenangkan Damia dan dia senyum kembali. masuk hari ke 4 aku dh mula bosan duk hospital kerana Damia makin demam n tak sihat. Then kami sepakat minta discharge hari tu utk pulihkan damia dgn cara semulajadi. Tahu tak pulihkan secara semulajadi? ini formula kami, bawa ank pie main kt padang sehingga kluar peluh. Alhamdulillah selepas keluar peluh Damia full recover pada hari ke 5. Then 4/05 kami datang lagi di DSH utk check up lagi. DAMIA DAH SIHAT!!!!!! Seronok kami rasa dan bersyukur dengan anugerah Allah.
Betulah apa yang org kata, kesihatan dan rasa sihat tak dapat dibeli dengan wang ringgit, oleh itu selalu memanjatkan doa kepada Allah moga diberikan kesihatan yang baik. "Sesungguhnya kesakitan itu satu kenikmatan kerana menghapuskan dosa2 kecil" tp kalu boleh aku tak nak family aku terutamanya anak aku tu sakit.. hehehehehhee.. amin