Wednesday, October 29, 2008

Kelahiran Cinta


Kami bersama sebelum bersedia untuk ada komitmen diantara satu sama lain lebih kurang 6 tahun. Bermula dengan detik perkenalan dan kemudian declare menjadi pasangan kekasih. Saat bercinta sangat indah kerana kami berdua seolah2 dijadikan untuk melengkapi kekurangan yang ada diantara satu sama lain. Betul apa yang orang tua2 katakan cinta yang direstui ibubapa cinta yang paling membahagiakan. Kemudian kami membuat keputusan nekad untuk bersama2 berkongsi saat suka dan duka. Dan aku merasakan perkahwinan inilah yang aku nanti2 kan. Dia tetap sama seperti bercinta yang penuh dengan perasaan sayang. Lahirnya tanda cinta kami... adalah satu anugerah yang amat terindah dalam hidup kami. Saat dan detik menjadi walid n umie Damia Raihanah adalah saat yang paling manis dalam hidup kami. Syukur alhamdulillah dikurniakan kebahagian yang sebegini. Moga kami kekal bahagia sepanjang usia kami. Satu pepatah yang kami selalu ingati " kita yang membentuk kehidupan kita sendiri" Salam sayang dari Umie n walid utk permata kesayangan kami DAMIA RAIHANAH - 1/10/2006